MediPlan

IKHLASlink Mediplan Secure Takaful Rider

Melindungi ketidaktentuan kehidupan. Dengan IKHLASlink Mediplan Secure Takaful Rider, anda tidak perlu risau tentang kos penghospitalan dan perubatan apabila musibah melanda dan anda dimasukkan ke hospital. Pelan ini meringankan beban kewangan anda.

Ini adalah rider Kemasukan ke Hospital dan Pembedahan (H&S) yang dijamin pembaharuan yang berunit deduktif dan boleh disertakan kepada pelan-pelan Takaful berkaitan pelaburan di mana Sumbangan Takaful adalah berkala.

Manfaat
  • Manfaat Kemasukkan ke Hospital dan Penjagaan Pembedahan
  • Penjagaan Jangka Panjang
  • Manfaat-manfaat lain
  • Manfaat Tiada Tuntutan
  • Manfaat Pilihan

Apakah perlindungan/manfaat yang ditawarkan?

Bayaran Bersama
Bayaran Bersama adalah bayaran yang perlu dibayar oleh Peserta Takaful sekiranya amaun tuntutan pada tahun Sijil telah melebihi 10% daripada Had Seumur Hidup Kesuluruhan, tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM3,000 bagi setiap hilang upaya. Terdapat dua (2) jenis Bayaran Bersama yang perlu ditanggung oleh Peserta Takaful untuk Manfaat Layak yang berikutnya seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Manfaat:

Menaik Taraf Kelayakan Bilik Hospital & Makanan
 
Jika Orang Yang Dilindungi dimasukkan ke hospital pada kadar Bilik Hospital & Makanan yang lebih tinggi daripada manfaat yang layak, Orang Yang Dilindungi hanya akan menanggung bayaran kos Bilik Hospital & Makanan yang selebihnya.


Ganjaran Jika Tiada Tuntutan

Sekiranya tiada tuntutan dibayar di bawah Sijil Takaful Tambahan ini untuk tempoh berterusan selama kitaran tiga (3) tahun, kelayakan Bilik Hospital & Makanan akan dinaikkan untuk kitaran tiga (3) tahun berikut sebanyak 10% daripada jumlah asal kelayakan Bilik Hospital & Makanan. Peningkatan dalam kelayakan Bilik Hospital & Makanan akan berterusan setiap kitaran tiga (3) tahun, tertakluk kepada peningkatan Bilik Hospital & Makanan tersebut tidak melebihi seratus lima puluh peratus (150%) daripada jumlah asal dan tiada tuntutan dibuat dalam tempoh masa kitaran tiga (3) tahun yang lepas dan sebelum kelayakan Bilik
Hospital & Makanan ditambahkan.

Syarat dan Had Umur
Umur Kemasukan:
Peserta Takaful : 11 – 70 tahun, umur pada hari jadi akan datang
Orang Yang Dilindungi : 30 hari – 70 tahun, umur pada hari jadi akan datang

Nota: Peserta Takaful yang berumur antara 11 – 16 tahun hendakalah mendapat persetujuan
daripada ibu bapa/ penjaga.

Had Amaun Perlindungan:
Had Seumur Hidup Minimum: RM650,000 (Pelan 100) Had Seumur Hidup Maksimum: RM3,500,000 (Pelan 700)

Umur Matang :
Orang Yang Dilindungi mencapai umur seratus (100) tahun, pada hari jadi akan datang.

Tempoh Menunggu:
i) Tempoh menunggu selama tiga puluh (30) hari adalah terpakai tetapi tempoh menunggu tidak terpakai bagi sebarang kecederaan yang terjadi akibat kemalangan.
ii) Penyakit-penyakit berikut tidak akan dilindungi bagi 120 hari pertama Sumbangan Takaful Orang yang Dilindungi:-
• Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit kardiovaskular.
• Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari
• Semua keadaan telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
• Hernia, Hemorrhoid, Fistulae, Hidrosel, Varikosele
• Endometriosis termasuk penyakit sistem Pembiakan
• Gangguan Vertebrospinal (termasuk cakera) dan keadaan lutut.

Apakah pengecualian utama yang terdapat di dalam Sijil Takaful ini?
Sijil Takaful Tambahan ini tidak melindungi sebarang kemasukan ke hospital, pembedahan atau caj yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh salah satu (1) dari kejadian berikut:

a) Penyakit Sedia Ada;
b) Jagaan atau rawatan di mana bayarannya tidak diperlukan atau setakat mana ianya boleh dibayar oleh Pengendali Takaful/ Penanggung Insurans lain atau indemniti yang melindungi Orang yang Dilindungi dan Hilang Upaya yang timbul daripada pekerjaan atau profesion yang dilindungi di bawah Kontrak Insurans/ Takaful Pampasan Pekerja;
c) Pembedahan atau rawatan kosmetik rawatan termasuk (tetapi tidak terhad kepada) sebagai contoh, kelopak mata berganda, akne, keloid, parut, tag kulit keguguran rambut / kehilangan rambut dan sebagainya, atau rawatan akibat komplikasinya kecuali yang diperlukan secara perubatan oleh kecederaan akibat kemalangan dalam tempoh enam bulan dari rawatan awalan. Bagi tujuan pengecualian ini “rawatan awalan” bermaksud rawatan pertama diterima dalam merawat kecederaan akibat kemalangan;
d) Mana-mana rawatan pergigian atau pembedahan kecuali bila diperlukan akibat kecederaan yang dialami di dalam kemalangan;

e) Sebarang keadaan perubatan atau fizikal yang timbul semasa dalam Tempoh Menunggu kecuali atas sebab-sebab kemalangan;

f) Perkhidmatan penjagaan jururawat persendirian atau lawatan kerumah yang diupah oleh Orang yang Dilindungi atau perkhidmatan untuk rehat penyembuhan yang disediakan oleh rumah rehat / pusat penjagaan semata-mata untuk tujuan pemulihan;
g) Ubat-ubatan dan alat pencegah kehamilan, prosedur-prosedur pemandulan atau rawatan untuk komplikasi berkaitan, prosedurprosedur pembalik dan pemulihan atau rawatan disfungsi seksual atau ketidaksuburan, pembedahan tukar jantina dan terapi hormon seks;
h) Sebarang rawatan atau penilaian bagi kongenital, penyakit keturunan atau penyakit perkembangan, kecacatan dan mana-mana hilang upaya atau komplikasi yang timbul daripadanya termasuk tetapi tidak terhad kepada sista dermoid, hernia kanak-kanak/ hidrosel (semua jenis hernia sehingga usia enam tahun adalah tidak dilindungi), kaki belantan, kecacatan septum ventrikel (VSD), kecacatan atrium septal (ASD), Thalasemia, Mata Juling, Haemangioma dan lain-lain lagi;

Ini adalah sebahagian Pengecualian utama yang terdapat di dalam Sijil Takaful, sila berhubung dengan Perunding Kami untuk maklumat selanjutnya.